Cerita Lucu

RIZAL YG INSAF
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

KAWIN LAIN
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

TERBERANAK
Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

RAHSIA CINTAKU
Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun, kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah, Moon,DEE, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan ketenangan yang di cari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu bapa ku.

Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkal ini aku rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan...

Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita sukar di pisahkan, wajah mu hadir membuat aku gial bayang. Namun... takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan di tengah hari. Aku rela di peluk mu... dan kita lemas dalam lautan asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya di hidu oleh ibu bapa ku.
Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah berpadu dan berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah.

Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan terbiar...

Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di hospital gara-gara mu....BARAH PARU-PARU.

Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!!
KAU ROKOK...

PANADOL
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".


 

Blog Template by YummyLolly.com